SELEPAS Aimi pulang dari gerai makanan kegemarannya yang terletak tidak jauh dari rumah, gadis berumur dua puluh tahun itu terus membuka pagar seluas-luasnya. Mengikut arahan si bapa melalui mesej di telefonnya. Dalam perjalanan pulang tadi Encik Hanif menyuruhnya membuka pintu dan menolongnya mengeluarkan beg dan kot dari dalam kereta, seperti kebiasaannya. Jika bukan Aimi, Aiman dan Puan Maimunah akan menolong. Sememangnya Encik Hanif jarang sekali membawa barang-barangnya keluar dari isi perut kereta. Mahu ambil segelas air untuk membasahkan lidah pun dipanggilnya sesiapa yang berada di dalam rumah. Mulanya Aimi muak disuruh membuat itu ini, walhal si bapa duduk sahaja menghadap komputer riba. Bukan sejam dua, tetapi boleh dikatakan dua puluh empat jam!
Aimi terkejut dari lamunannya apabila ada hon menyapa halwa telinga. Dia menoleh dan Encik Hanif sudah menyuruhnya bergerak ke tepi agar dapat memarkir kereta di bawah porch. Gadis remaja itu menurut. Selepas mematikan enjin kereta, Encik Hanif menyerahkan kunci kereta kepada anak gadisnya.
"Ambil beg bapak dan kot." Langkahnya laju menuju ke dalam rumah. Tiba-tiba suaranya kedengaran lagi. "Selipar bapak jangan lupa!" Akibat tidak menyangka si bapa akan menyergahnya begitu, kepala Aimi terlanggar atap dalam kereta buatan Malaysia itu. Meski sudah dilapik dengan kusyen lembut tetapi tetap saja kepalanya sakit.
Aimi membuat segala yang disuruh. Perintah Encik Hanif dituruti olehnya bagaikan seorang hamba yang patuh pada setiap arahan raja. Aimi terasa seperti mahu menangis namun ditahannya. Maka, hidungnya tersekat dek cecair di dalam rongga hidung. Setelah selesai, Aimi menekan butang kunci pintu kereta dan Proton Perdana mengeluarkan bunyi menjengkelkan. Kekadang Aimi berasa kasihan terhadap benda tidak bernyawa itu. Hanya kerana si pemandunya, dia membenci kereta tersebut.
Duduk di dalam bilik, Aimi memandang ke segenap ruang biliknya yang sederhana saiznya. Sedang bermalasan di atas katil sambil memintal rambut. Aimi sudah tidak tahu hendak buat aktiviti apa lagi selepas selesai membaca novel thriller Kathy Reichs. Teringatkan itu, membuatkan Aimi memikirkan nasib dirinya. Membuat segala-galanya setengah jalan cuma. Sekarang pun dia masih belum menyambungkan pelajarannya. Namun duit poketnya sentiasa ada kerana bekerja sepenuh masa di kedai mamak berhampiran rumahnya.
Walaupun pada mulanya Haji Harun tidak bersetuju untuk membenarkan dia bekerja sebagai pembuat air di kedainya, lelaki India-Muslim itu tidak mampu menolak apabila Aimi asyik memohon daripadanya. Sesungguhnya Haji Harun amat menyayangi Aimi seperti anaknya sendiri, sementalah anak-anaknya kini berada jauh di bumi India bersama ibu mereka.
"Bukan aku tak suka kau bekerja di sini, tetapi membenarkan seolah-olah aku menyuruh kau jadi orang suruhan aku. Buat itu ini. Padahal kau disayangi oleh aku, Aimi." Haji Harun meluahkan sebab utama mengapa dia berat hati mahu membenarkan Aimi bekerja di situ. Dia tidak boleh membayangkan anak gadisnya yang sebaya dengan Aimi bekerja untuknya.
"Pakcik, saya yang mahu kerja. Bukannya pakcik paksa saya. Pakcik jangan risaulah. Pasal gaji saya tidak kisah asalkan saya ada sesuatu untuk dilakukan sebagai mengisi masa. Yalah, saya kan tak sambung belajar lagi..." Ada perasaan terkilan di ayat terakhir Aimi. Memang dia terkilan. Rakan-rakannya sudah melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Hanya dia yang masih terkandas di Malaysia dan Taman Putera Indah. Nasib baik dia mempunyai lesen dan boleh ke mana-mana menggunakan kereta manual Encik Hanif.
Pada awalnya, gabra juga untuk memandu sebuah kereta yang ada pedal clutch itu. Namun apabila berlatih berkali-kali bersama Lim, cikgu memandunya, dia sudah terbiasa. Dan anehnya, gadis remaja ini lebih menyukai manual berbanding automatik. Sebaliknya zaman kini, automatik menjadi tumpuan berbanding manual yang memeningkan.
Ketukan di pintu sekali lagi mengejutkan Aimi. Sambil mengurut dadanya, Aimi memarahi dirinya kerana terlalu kerap terkejut. Dia membuka pintu dan terpamer wajah ceria si adik, Aiman. Melihatkan Aiman, Aimi terus membuka pintunya luas tanda membenarkan adik yang muda setahun darinya itu, masuk. Aiman melabuhkan duduk di atas kerusi beroda tiga kakaknya.
Matanya melilau ke segenap ruang bilik kakaknya. Kerusi roda tiga yang berada di depan meja belajar amat digemarinya. Kadang-kadang Aiman suka masuk ke bilik Aimi semata-mata ingin bermain dengan kerusi ini. Encik Hanif menghadiahkan kerusi ini kepada kakaknya kerana telah mendapat keputusan cemerlang untuk Peperiksaan Menengah Rendah. Tetapi entah di mana silapnya, keputusan SPM Aimi amat buruk. Bapanya begitu berang sampai membaling kerusi beroda tiganya ke tingkat bawah. Oleh sebab itu, Aiman belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang kerana tidak mahu melihat bapanya mengamuk seperti itu.
Biarpun kerusi beroda tiganya menjadi mangsa kemarahan si bapa, Aiman tidak bawa ke hati. Puan Maimunah telah berjanji untuk membelikan kerusi yang baharu namun sampai sekarang dia tiada kerusi untuk belajar di mejanya. Atas sebab ini juga Aiman suka ke bilik kakaknya dan 'mencuri' sebentar kerusi beroda itu. Aiman memastikan untuk memulangkan kembali kerusi Aimi sebelum kakaknya pulang dari kerja.
"Seronok buat air kat Restoran Maju?" Soal Aiman sambil memusing-musingkan kerusi Aimi. Sekejap nanti pasti dia kepeningan. Sendiri cari masalah, harus tanggunglah!
"Adik rasa kakak ni... bodoh ke?" Soalan dijawab dengan soalan.
Aiman tidak menghentikan pusingannya, sebaliknya meneruskan. Hal ini demikian kerana soalan Aimi sudah biasa menyinggah telinganya. "Akak sendiri rasa macam mana? Akak rasa akak bodoh ke?" Soal Aiman lagi.
"Orang tanya dia sebab nak pendapat dia. Bukan pendapat kita." Aimi membalas dengan sindiran. Aimi yang sedang terlentang di atas katil memandang adiknya terbalik. Aiman berhenti memusingkan kerusi. Kepalanya sudah pening. Lantaran itu, dia melabuhkan baring bersebelahan Aimi selepas menyuruh kakaknya ke tepi.
"Pe... ning... nya!" Aiman memejam matanya rapat dan mula menyesali tindakannya sebentar tadi. Namun hanya sekejap. Sehari selepas itu akan diulanginya lagi.
"Padan dengan muka." Hentam Aimi bersama senyuman sebelum ketawa.
"Padanlah tu, muka kacak dengan pening ni. Sebab orang berwajah kacak ni, pening kepala juga memikirkan bagaimana untuk menjaga wajahnya agar bebas dari minyak dan pora hitam. Bukan macam kakak! Haa.. akak tak padan dengan muka!" Bebel Aiman dan diakhiri dengan tawa.
"Diamlah! Perasan kacak! Nasib baik pandai jaga muka tu." Seraya itu, Aimi mencubit pipi kurus adiknya. "Hmm! Tak sedap langsung cubit pipi adik ni. I pity your future wife." Sejurus menuturkan ayat terkahir, pipi gebu Aimi pula menjadi mangsa cubitan Aiman. Dia mengaduh sakit dan menampar bahu si adik.
Beginilah mereka adik-beradik. Oleh sebab kakak dan abang mereka sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan, tinggal hanya Aimi dan Aiman. Mungkin juga faktor umur menjadikan mereka begitu rapat bagai aur dengan tebing. Tetapi faktor hanya mereka berdua di dalam rumah teres dua tingkat itu, boleh diterima. Tidak cukup dengan itu, faktor menghantar dan menjemput Aiman dan rakan-rakannya dari sekolah turut menyumbang. Apa pun sebabnya, Aimi sangat sayangkan Aiman dan begitulah sebaliknya.
PERSOALAN Aimi masih belum berjawab. Baru kini gadis itu perasan, adiknya akan selalu mengubah topik dan mengelak dari menjawab soalannya yang satu itu. Adakah itu helah adiknya kerana tidak mempunyai jawapan bagi soalannya? Padanya, mudah sahaja soalan yang ditujukan. Hanya perlu jawab iya atau tidak. Tetapi adiknya lebih suka mengambil jalan lain; iaitu jalan mengelak.
Aimi memandang ke siling. Dia memikir semula antara perbualan yang dibualkan atau dibahaskan bersama adiknya yang satu itu. Segalanya berkaitan mereka adik-beradik. Tidak pernah mengenai sekolah, peperiksaan, mahupun kehidupan di universiti. Aiman yang sudah masuk ke semester tiga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tidak pernah menceritakan kehidupan hari-harinya di sana. Pernah beberapa kali tersasul namun Aiman pintar membuat pusingan U agar kembali ke topik yang sedang dibicarakan.
Aimi mengeluh. Tiba-tiba dia merindui sebuah keluarga bahagia. Dahulu, sebelum kakak dan abangnya berhijrah ke luar negara untuk menimba ilmu yang lebih tinggi, mereka sekeluarga sering keluar makan bersama dan bercuti bersama setiap kali hari minggu tiba. Tidak sedar bila air matanya mengalir di pipi. Tangis yang pada mulanya hanya senyap semakin menjadi-jadi. Semakin dia memikirkan perubahan dalam keluarga sendiri, semakin lebat air membasahi wajah gebunya.
Aimi menangis sehingga tertidur. Sedar saja azan Subuh sudah berkumandang dari surau tidak jauh dari rumah. Langkahnya longlai menuju ke tandas. Seusai solat, Aimi melabuh duduk di atas katil bujangnya. Direnungnya meja belajar dengan pandangan kosong. Agak lama dia termenung sebelum pintu bilik ditolak dari luar. Aiman menyuruhnya turun ke bawah. Apabila ditanya mengapa, adiknya cuma menjongket bahu tidak tahu. Dengan tidak bersemangatnya, Aimi memaksa kedua kakinya berjalan menuruni anak tangga. Terasa begitu jauh dan tubuhnya lemah.
Sampai di bawah, dia mengangkat wajah. Matanya bertemu mata Encik Hanif. Wajah orang tua itu tetap awet muda meski sudah menjangkau umur lima puluh lima tahun. Genap lima puluh enam, bapanya akan pencen dan duduk di rumah sambil membaca segala macam bahan bacaan, dari buku sampailah artikel di dalam Internet. Sudah boleh Aimi bayangkan itulah rutin harian bapanya kelak. Ibunya? Mungkin akan meluangkan masa menonton drama-drama Inggeris di kaca televisyen.
"Mari duduk sini. Bapak hendak berbicara tentang sesuatu dengan kamu." Arahan Encik Hanif dituruti dengan penuh tanda tanya.
"Kamu tidak teringin ke untuk sambung pelajaran? Kawan-kawan kamu sudah masuk tahun ke berapa di universiti tetapi kamu? Masih terperap di rumah. Kamu tidak rasa... cemburu ke, Aimi? Bapak hairanlah. Mengapa kamu tidak mahu belajar tinggi-tinggi seperti kakak, abang dan adik kamu. Bukannya bapak tidak ada duit hendak hantar kamu ke universiti swasta. Kamu tahu tak, Aimi? Dunia sekarang mementingkan pelajaran. Tanpa pelajaran, kamu akan dipandang rendah oleh orang sekeliling. Tanpa pelajaran, kamu tidak akan maju dan duit poket kamu tidak akan pernah mencukupi. Tanpa pelajaran juga, kamu akan miskin. Tinggal di Kuala Lumpur ini, gaji mesti tiga ribu ke atas! Bagaimana kamu mahu hidup, kalau gaji kamu cuma sembilan ratus? Bil air, bil elektrik, bil Astro, bil internet. Banyak yang perlu kamu bayar, Aimi. Cubalah kamu fikirkan masa depan kamu mulai sekarang. Buatlah sesuatu yang boleh membanggakan bapak dan ibu."
Panjang lebar Encik Hanif bercakap dan memberi nasihat, telinga Aimi hanya mendengar di kanan dan keluar di kini. Sudah acapkali bapanya menasihati mereka adik-beradik seperti ini. Dan dialah yang paling banyak menjawab. Tidak pernah mahu menerima dari kecil lagi. Aimi seorang yang keras hati dan pemberontak.
"Biarlah gaji Aimi sedikit tetapi Aimi gembira melakukannya." Satu ayat namun menusuk langsung ke dalam hati Encik Hanafi.
"Bapak bekerja kerana mahukan gaji besar. Bapak gaji kerana ingin membuktikan kepada kawan-kawan serta orang sekeliling bapak, bahawa bapak sudah berjaya kini dan memgang gelaran doktor falsafah. Ya, tahniah atas pencapaian itu, bapak! Tapi, adakah bapak gembira? Adakah ini yang bapak mahukan? Atau adakah semua ini untuk riak semata-mata?"
Encik Hanif menjegilkan matanya. Berani betul kau berkata begitu, Aimi! Dia terus menampak pipi anak ketiganya itu tanpa berfikir panjang lagi. Akalnya waras. Tindakannya adalah dalam kawalan. Dia memang ingin menampak anaknya kerana sudah menyakitkan hatinya dengan segala tuduhan itu. Sayangnya, tuduhan-tuduhan tersebut adalah benar belaka. Ya, memang dia ingin membuktikan yang dia pandai. Ya, memang dia kerja dalam terpaksa. Ya, dia bangga dan ingin menunjuk-nunjuk bahawa dia juga boleh berjaya di dunia ini. Dia berasa puas apabila semua menghargainya dan memandang tinggi padanya. Dia berasa bangga kerana dapat buktikan bahawa dia bukanlah seorang pelajar yang bodoh seperti celaan gurunya dahulu. Namun dia masih belum puas. Masih banyak lagi yang perlu dia capai untuk memuaskan hatinya nan satu itu.
"Bapak mahu saya keluar dari rumah ini?" Soal Aimi bersama getaran pada suaranya.
"Pergilah kau ke mana pun yang kau mahu. Aku dah muak tengok muka kau di rumah ini! Pergi! Pergi!" Halau Encik Hanif sambil melayangkan tangannya.
Aimi terus naik ke atas dan mengemaskan pakaiannya. Segala yang penting sahaja diambilnya. Pakaian kurung lima helai, seluar slack sehelai, pakaian dalam, beberapa helai baju-T dan sehelai tuala. Sepasang telekung yang baru dibasuh dimasukkan ke dalam beg galas bersama telefon bimbit dan dompet. Berus gigi dan ubat gigi disumbatkan ke dalam beg besar. Tiada gambar yang diambil kecuali fotonya bersama Aiman. Sebelum turun ke bawah, Aimi menjenguk bilik utama dan memandang sekujur tubuh ibunya. Kemudian ke turun dan berhenti kejap di sisi ayahnya.
"Halalkan makan minum Aimi selama ini. Aimi harap bapak tidak berdendam dengan Aimi dan memaafkan segala dosa Aimi. Aimi doakan bapak diberi hidayah oleh Allah. Assalamualaikum!"
Aimi meletakkan beg besarnya di tempat duduk penumpang, sementara beg galas di tempat kaki sebelahnya. Aimi menghidupkan enjin kereta dan bersandar pada kerusi. Matanya dipejam rapat. Begitu pantas segalanya berlaku. Dia tidak akan berpaling lagi.
Aimi memulakan perjalanan selepas melihat rumah keluarganya buat kali terakhir. Sekarang misinya adalah mencari tempat tinggal sementara. Dia akan tetap bekerja di Restoran Maju. Sudah meninggalkan rumah tidak bermaksud dia harus meninggalkan Haji Harun. Lelaki itu telah banyak berjasa padanya. Lelaki itu memberinya kasih seorang bapa yang sudah lama dia tidak rasai.
Hati seorang Aimi dahagakan sebuah keluarga bahagia, manakala hati Encik Hanif sepi dari cinta Maha Pencipta.

No comments:
Post a Comment