MENGHIRUP air di dalam mug yang menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah lagi. Aimi merasakan air inilah yang paling enak dan mampu membuatnya bersengkang mata setiap malam. Aimi suka berjaga malam dan menyiapkan tugasan para guru. Pada waktu malam barulah otaknya dapat berfungsi dengan penuh kreatif dan kritis. Namun mudah saja dia terpesong apabila cinta datang mengaburi hati. Gadis berumur dua puluh satu tahun itu menggelengkan kepala. Tidak patut dia memikirkan kisah silam itu. Dia tidak mahu berasa menyesal seperti kesalnya dia semasa memegang kertas keputusan SPMnya. Aimi menyelit bookmark di dalam novel dan menutup ia. Fokusnya sudah hilang.
Aimi merenung je jalanan. Fikirannya kembali mengimbau peristiwa dirinya keluar dari rumah setelah dihalau Encik Hanif. Selepas tidak tahu hendak ke mana lagi, Aimi memandu kenderaannya menuju ke KLCC. Dia memarkir kereta di tempat kereta yang baharu dan berjalan ke arah air pancut. Popular sungguh tempat itu dengan para pengunjung. Aimi mencari tempat kosong berdekatan air pancut dan melabuhkan duduk. Baru sekejap dia duduk, telefonnya berdering kuat. Pemuda yang duduk tidak jauh darinya terus menoleh. Mungkin tertarik kerana terjumpa seorang gadis yang turut meminati kumpulan rock Avenged Sevenfold atau A7X.
"Sampai hati kakak tak bagitahu adik." Suara Aiman membuatkan Aimi gembira dalam sedih. Sedaya upaya ditahan air mata dari gugur. Malulah jika menangis di khalayak ramai.
Aimi tidak menyedari bahawa dia sedang menjadi perhatian sepasang mata di mana hati pemilik si mata sudah berdegup kencang tanpa dipinta.
TERUKIR segaris senyuman manis di wajah. Teringatkan Afnan mampu membuat hatinya kembali tenang. Setahun yang lalu, apabila dia mengambil keputusan drastik untuk keluar dari rumah dan belajar berdikari, Aimi bertemu dengan seorang lelaki bernama Afnan.
Afnan membantunya merawat jiwa yang dilanda kesepian. Afnan mengisi hatinya dengan kasih sayang dan perhatian yang sudah lama surut. Afnan turut memberinya sokongan dari segi rohani.

No comments:
Post a Comment