“Sampai bila kau nak rahsiakan hal ni, Lia?” Maya bertanya lembut. Sejak tadi dia mundar mandir dalam Bilik Kesihatan. Resah. Gelisah. Hanya aku yang tenang.
Tadi, aku pengsan di kelas. Setelah meletakkan beg sekolah di kerusi, aku terus rasa berpinar-pinar. Semua benda terapung-apung. Semua benda berpusing-pusing. Langkahku juga tidak seimbang. Mujur Jason berada dekatku. Jika tidak, mungkin sudah berdarah kepalaku terkena lantai keras kelas.
”Lia! Kenapa kau diam saja? Jawablah!” Maya mula marah. Aku memandang katil putih yang sedang aku duduk bersila atasnya. Menurut Maya, aku pengsan selama empat puluh minit. Ah, pengsankah kalau begitu? Itu sudah pitam!
Aku? Pitam? Hmm... bukanlah kali yang pertama. Masuk hari ini, sudah lima kali aku pitam. Hanya untuk tahun ini. Sekarang sudah bulan empat pun. Entah bila lah aku akan berhenti pitam. Mungkin ini adalah yang terakhir kalinya?
”Lia!!!”
”Apa?” Aku beri ekspresi kosong kepada Maya. Tentu naik darahnya melihat ekspresi ini. Dia mahu respon yang lebih, bukannya sekadar wajah pucat tanpa senyuman ini. Seperti wajah orang sakit. Dia mahukan kepastian. Kepastian yang aku belum pasti kepastiannya.
”Huh...” Maya keluh. Geleng kepala. Langkahnya semakin hampir dengan katilku. Dia tarik kerusi ke belakang sedikit lalu duduk bersila dia atasnya. Wajahku dia pandang sementara aku memandang ke luar pintu. Pelajar-pelajar sedang rehat. Suasana amat bising.
”Lia, sampai bila kau nak rahsiakan hal ini? Tidakkah engkau kasihan melihat mama dan ayah engkau yang tidak tahu mengenai hal ini? Kat rakan-rakan kau? Kat aku?” Maya separuh berbisik. Takut didengari Encik Aliff (guru disiplin) di luar.
Aku pandang wajah Maya. Wajahnya muram suram. Matanya berair namun tiada air mata. Bibirnya tiada senyuman.
”Biarlah hal ini aku tanggung sendiri.” Akhirnya aku berbicara setelah lama membisu. Aku pasti dengan keputusanku ini. Pasti amat!
Maya sedikit tersentak. Keningnya berkerut. Bibirnya bergetar. Pipinya basah. Dia bangun lalu memelukku. Erat. Aku membiarkan. Dalam pelukannya aku turut mengalirkan air mata dan aku pasti akan merindui pelukan penuh kasih seorang rakan karib.
-----------------------------------------------
Doktor yang merawatku di sekolah semalam memberiku dua hari MC namun aku tidak kisah akan tiket yang setiap pelajar inginkan itu. Yelah, siapa yang tidak mahu MC walaupun cuma sehari? Inikan dua hari. Boleh goyang kaki saja di rumah. Tengok Internet. Buka Facebook, Formspring, Youtube...
Aku degil. Aku tetap mahu ke sekolah walaupun dihalang mama. Sayu wajahnya ketika menjemputku di sekolah semalam. Walaupun begitu, dia tidak tahu bahawa aku sakit. Alhamdulillah. Puan Pengetua dan Doktor Chew berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai penyakit sebenar diriku. Mereka cuma mengatakan yang aku keracunan makanan.
Sesampainya di sekolah, Maya terus geleng kepala. Kebetulan dia datang pada waktu yang sama denganku. Dia memarahiku kerana terlalu rajin datang ke sekolah. Maya... Maya... Sungguh aku akan merindui engkau. Senyuman engkau. Gelak tawa engkau. Nasihat engkau. Semuanya mengenai engkau akanku rindui!
”Semalam Wu datang. Kau tahu kan?” Maya berkata pada waktu rehat. Kami sedang duduk berdua di tangga dewan terbuka sambil melihat gelagat Wu bersama rakan-rakannya di tangga kantin. Bertentangan dengan tempat kami. Tersenyum aku melihat senyuman Wu.
”Iya. Aku nampak dia semalam. Dia comel sangat!” Maya ketawa. Aku turut ketawa.
”Hmm... Kau tak nak beritahu dia?”
”Beritahu apa?” Soalku bodoh.
”Tentang engkau dan perasaan engkau...” Maya memandang ke hadapan. Melihat gelagat si jejaka yang telah terpahat namanya di hatiku sejak di Tingkatan Dua.
Sudah lama aku menyukai Wu. Setiap kali Ogos menutup tirai, aku tersenyum memikirkan sejarah September. Bulan penuh makna. Bulan penuh tangis. Bulan penuh misteri. Bulan penuh jiwang. Bulan penuh kepastian.
September adalah bulanku dan Wu. Kerana pada bulan itulah aku mulai menyukai serta merindui dia. Pada bulan itu juga dia pindah ke kelas lain. Aku tidak pernah terfikir bahawa aku akan menyukai seseorang begini lamanya. Aku juga tidak terfikir bahawa jejaka itu adalah bangsa Cina.
Senyum.
”Haa, dah senyum ni? Mesti teringatkan September! Kan? Kan?” Pandai kau, Maya! Aku angguk. Senyumku semakin lebar.
”Aku rasa, lebih baik kau beritahu dia perkara yang sebenar sebelum...” Maya menunduk. Senyumku lambat laun hilang dari bibir. Air mata pula bertandang.
”Mai...”
”Ya?” Maya memandangku. Rambutnya yang kekadang ditiup angin diikat ke belakang.
”Andai kata aku pergi sebelum sempat memberitahunya apa yang terbuku di hati ini...”
Tarik nafas.
”Aku amanatkan pada kau untuk memberikan surat ini kepadanya. Sesungguhnya ajal maut adalah ketentuan Tuhan. Aku hanya boleh mengharap dan berdoa.” Air mataku sudah lebat.
”Oh, Lia...” Maya memelukku. Memberiku semangat.
-----------------------------------------------
Aku memandang ke luar kelas. Aku sedang berfikir mengenai diriku yang malang ini. Sudahlah kurus. Ditimpa penyakit pula. Tiada siapa yang boleh menjadi tempatku mengadu selain Maya. Asyik Maya saja. Kasihanlah dia. Telinga dia sudah bernanah mendengar suaraku saja sejak tiga tahun yang lepas. Aku ingin mengadu pada orang lain juga. Tapi siapa?
Chen! Iya! Aku boleh mengadu pada Chen! Dia adalah satu-satunya rakan Cina yang aku rapat dan percayai. Dia juga tahu bahawa aku menyukai Wu. Setiap hari juga panggil nama Wu apabila lalu di depan kelas. Aku buat tidak tahu saja walhal hati sudah berbunga-bunga!
Aku duduk bersila di bangku kantin. Jemari menari-nari rentak tersendiri di atas meja. Di manakah Chen ni? Tidak sampai-sampai lagi. Sudah tiga puluh minit menunggu. Janji 3.30 petang jumpa di kantin sekolah. Batang hidung pun tak nampak! Takkan dia lupa kut? Ini hal mustahak. Bukan main-main!
”Eh, mana itu Wu?” Soalan itulah yang seringkali Chen soal apabila nampak wajah kecinaan aku.
”You dari mana? Kenapa lambat sangat?” Aku ingin senyum tapi dikawal. Pura-pura memarahi kelewatan Chen.
”Alah, sorry lah Lia. I pergi temankan Emily di atas tadi. You tahulah kan dia. Takut duduk atas seorang diri. Mahu I temankan sampai papa dia datang jemput.”
Mahu saja aku tergelak. Sebenarnya aku sudah agak mengapa Chen lewat. Sengaja aku marah dengannya. Gedik sebentar. Alah, bukan selalu pun aku gedik dengan orang. Hmm... bertuah Emily dapat pakwe seperti Chen. Baik, kelakar, memahami, kacak... Wu juga begitu.
”Sorry ah?” Chen sudah duduk di hadapanku. Tangannya memohon maaf. Kepalanya ditunduk.
”Okeylah. Tapi lain kali beritahu I dulu. Boleh I makan nasi goreng tadi. Lapar tau tunggu you?” Aku pura-pura rajuk.
”I beli you makanan ya?” Chen sudah berdiri.
“Eh, tak! Tak! I gurau saja. Duduk lah. I nak cakap sesuatu.” Senang aku dengan kejujuran dan kemurnian hatinya.
“You mahu cakap apa? Macam serius saja?” Chen membetulkan rambutnya yang panjang di hadapan seperti fesyen Korea. Amat kacak!
“Pasal I...”
“Okey... cakaplah. I dengar.”
“Sebelum itu, janji dengan I, you takkan beritahu sesiapa. Termasuk Emily dan Wu!” Chen ni, bukan apa. Dia boleh simpan rahsia tetapi suka beritahu awek dan rakan karibnya itu. Chen diam sebentar. Memikirkan syaratku. Kemudian dia angguk.
“Janji. Cakaplah.”
Jari kelingking kami bertemu. Janji terikat.
“I am dying.”
Mata Chen sudah bulat. Dia ke belakang sedikit. Terkejut dengan ayatku tadi.
”I ada kanser otak. Tahap kritikal. Doktor kata I cuma ada beberapa minggu untuk bernafas sebelum I meninggal.”
”Lia...”
”Tiada siapa yang tahu kecuali Doktor Chew, Puan Pengetua, Maya, I dan you. I harap you simpan janji you dan jangan cakap apa-apa mengenai ini. Anggap saja kita tidak pernah ada perbualan ini, okey?”
”Okey, tapi...”
”I nak minta maaf kalau-kalau I ada sakiti hati you sebelum ini. Chen, terima kasih kerana menjadi kawan I selama ini. I sayang you, Chen... Sukar untuk dapat rakan yang baik dan memahami macam you. I bersyukur kerana dipertemukan dengan you.” Aku sebak. Air mataku boleh gugur bila-bila masa.
”Lia, you tidak pernah sakiti hati ini. I will miss you, Lia. You adalah kawan I yang paling baik dan kelakar.” Dia pegang jemariku. Air mataku sudah gugur tapi bibir mengukir senyuman. Dalam sedih sempat lagi Chen membuat lawak. Aku dikatanya kelakar? Haha! Tidak pula aku tahu.
”You ni. Orang tengah sedih pun nak buat lawak. Potong line saja...”
”I tak mahu tengok you nangis. I tak suka. Cukuplah menangis you selama ini. Simpanlah air mata itu.” Chen mengelap air mataku di pipi. Aku tersenyum. Ya, selama ini aku banyak menangis. Setiap kali aku merindui Wu pasti air mata menjadi teman setia.
”Sudahlah, I belanja you makan nasi goreng. I pun lapar ni.”
“Okey!” Aku lap air mata dengan tisu. Mata-mata yang memandang aku hiraukan.
”Chen!” Lengan baju sekolahnya aku tarik. Dia terdorong ke belakang sedikit.
”Ya? Mahu saya beli tisu juga ke?”
”Bukanlah. You ni, janganlah buat lawak. I tengah serius ni!”
”Okey, okey... Sorry.” Dia tersengih.
”Terima kasih sebab sudi menjadi tempat I mengadu.”
”No problem! Apa gunanya kawan, kan?”
Aku senyum. Chen turut senyum.
-----------------------------------------------
Tet... tet... tet... tet...
”Chen...”
Dia bingkas bangun dari dudukan di sofa. Lima saat. Dia sudah berada di sebelah katilku. Dia menggenggam jemari kiriku. Tangan kananku sudah penuh dengan wayar-wayar pelbagai saiz, warna dan fungsi. Di lubang hidungku turut ada sesuatu yang membantuku bernafas.
“Mana... Wu?” Suaraku yang perlahan menyebabkan Chen mendekatkan telinganya pada bibirku.
“Ada... I panggil dia sekejap. You bertahan, okey Lia? Tahan, okey? I keluar sekejap.” Jemariku dilepasnya perlahan. Seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
Mataku mengiringi bayang Chen yang semakin jauh dariku lalu hilang disebalik pintu. Aku sempat melihatnya keluarkan telefon bimbit. Mungkin hendak telefon Wu. Aku menghela nafas. Huh...
Mama dan ayah sudah ambil alih tempat Chen. Aku senyum ke arah. Mama kulihat sedang mengelap air mata yang sudah lebat. Ayah tetap dengan wajah bersahajanya. Memeluk tubuh. Kedua-duanya sedang genggam tanganku. Mama kanan ayah kiri. Aku inign membalas genggaman mereka namun tenama dalam badanku semakin berkurangan.
Pintu terkuak. Wu melangkah masuk diikuti Chen di belakangnya. Dia bersalaman dengan mama dan ayahku kemudian duduk di kerusi di mana ayah duduki tadi.
”Wu...”
”Lia... Kenapa you rahsiakan hal ini dari I? You tahukan yang I ni kawan you?”
”Maaf... Wu... I...” Aku menelan liur. Terasa tekakku ada benda tersekat di situ.
”Shushh... Diam, Lia... Tidak perlu you jelaskan. I faham.”
Aku senyum. Tangan kiriku cuba angkat namun tidak berdaya. Wu yang perasan terus mencapai jemariku dan melekapkannya pada pipinya. Dia senyum. Alhamdulillah, Ya ALLAH. Aku ditemani orang-orang yang disayangi sebelum pemergianku. Alhamdulillah...
Nafasku tiba-tiba tersekat. Kesukaran itu mengejutkan mama, ayah, Wu dan Chen. Akhirnya apabila kesukaran itu berhenti, aku menutup mata. Wajah Wu hilang perlahan-lahan...
Innalillahwainnalillahirajiun.
Teeeeeeeet.................
-----------------------------------------------
Tiga tahun kemudian...
Keputusan SPMnya 9A+. Kini sedang menimba ilmu ke arah cita-cita untuk menjadi businessman berjaya, suatu hari kelak.
Wu membuka laci meja belajar. Sampul hijau berhiasakan kura-kura comel diambil. Isinya dikeluarkan dan dibuka lipatan kertas bersiaz A4 yang turut berhiaskan kura-kura comel. Wu tersenyum.
Kehadapan Wu yang amat aku sayangi dan rindui,
Wu, saat engkau terima dan baca surat ini, aku sudah tiada disisimu. Aku sudah pergi bertemu Ilahi. Maafkanku jika aku pergi secara tiba-tiba dan tidak memberitahu kau perihal penyakit yang sudah tiga tahun aku tanggungi.
Wu, memang sengaja aku rahsiakan hal ini kerana aku tidak mahu engkau kasihani aku. Aku tidak mahu engkau memberiku layanan istimewa hanya kerana diriku yang sedang sakit dan menanti saat nyawa ini dicabut. Tidak, Wu. Aku ingin kau layanku seperti biasa. Aku ingin layanan ikhlas dari engkau dan bukannya paksaan.
Wu, andai kata aku ada melakukan apa-apa kesilapan terhadapmu, maaf aku pinta. Sesungguhnya aku bukanlah gadis yang sempurna. Aku ada cacat celanya yang mungkin pada mata kasarnya tidak dapat dilihat. Halalkanlah segala gurauan, kata-kata, sikapku selama ini terhadapmu.
Wu, aku tidak mahu engkau menangis saat membaca surat ini kerana wajahmu akan bertukar buruk nanti! Lelaki kalau menangis memang buruk! Senyumlah saat membaca surat ini dan fahamilah isi-isi yang tersurat.
Sebelum mengakhiri penulisan terakhir dariku, ada sesuatu ingin kuberitahu. Selama ini, sejak tahun 2009, aku menyimpan perasaan terhadapmu, Wu. Terkejut? Iya, aku juga begitu saat perasaan ini hadir. Ia berlaku semasa kita sama-sama di 2 Kuning. Bulan September apabila engkau bertukar ke kelas 2 Biru. Sungguh aku fikirkan ini hanya mainan perasaan namun ALLAH Maha Kuasa dan perasaan ini tetap setia denganku hinggalah hembusan nafasku yang terakhir.
Wu, ingin kukatakan disini, wo ai ni! Yesterday, today, tomorrow and always! Namamu akan terus terpahat di hati ini. Percayalah...
Pesanan terakhirku, belajar rajin-rajin. Berhenti ponteng sekolah. Jadilah seorang yang berguna pada bangsa, negara dan agama! Janji?
P/S : You’re my leng cai . You’re my wu kuai kong . Forever .
Yang mencintaimu sepenuh hati, Alia Muhammad.
“Janji...”
Setiap kali habis baca surat Alia, Wu pasti menuturkan perkataan itu. Diiringi air mata yang lebat. Dia cukup berterima kasih kepada arwah kerana telah mendorong dia menjadi siapa dia sekarang. Jika bukan kerana surat pembakar semangat ini, Wu tidak mungkin berada di University Harvard untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang business.
”Wo ai ni, Alia. Rest in peace.”
2 comments:
Akak menulis novel ?
:) dalam proses . untuk sementara waktu post kan cerpen dulu ^^
Post a Comment