Friday, May 6, 2011

A.D.L.I.Y

“Cuba kau buka televisyen siaran 103.” Pinta Juana. Suratkhabar yang di bacanya tadi di lipat kemas lalu diletakkannya di atas meja kopi.
            Ibu jari Hana memicit nombor 103. Sekarang pukul berapa? Hana mengerling jam tangannya. 1.30 petang. Patutlah. Berita Terkini sudah bermula. Jam Astro tepat 1.30 petang dan tajuk utama mula dipaparkan.
            “Malaysia meraih pingat emas pertama untuk Sukan Olimpik di China.” Pembaca berita membaca tajuk utama lalu lagu tema mereka berkumandang. Hati dua gadis yang berumur lapan belas tahun itu berasa teruja. Mana tidaknya, Malaysia sudah meraih pingat emas! Emas! Bukan perak atau gangsa! Emas!
            Hana kembali menatap novel Cinta Edisi Terhad karya Lynn Dayana yang telah dibeli mamanya semalam. Hana adalah penggemar novel. Tidak kiralah Melayu atau Inggeris. Begitu juga novel bahasa Mandarin namun ia akan mengambil masa juga kerana dia hanya mempelajari perkataan biasa di sekolah dahulu.
            Juana mencuit bahu Hana. Gadis itu mengangkat muka. Apahal? Tanyanya melalui bahasa dagu. (hehe... bahasa baru)
            “Kau tahu siapa yang dapat pingat emas tu?” Juana tersenyum kambing. Hatinya berbunga-bunga sejak tadi. Sebenarnya nak tunggu sampai pemberita itu sendiri yang memberitahu melalui kaca televisyen. Namun hatinya sudah tidak sabar. Memaksanya untuk memberitahu Hana terlebih awal.
            “Kau ni, kalau tak tahu pasal sukan mesti tak sah. Semuanya kau tahu.” Hana mengaku kalah untuk bermain teka-teki dengan rakan baiknya.
            “Adliy!” Juana menjerit kegembiraan. Hana pula...


-----------------------------------------

            Buku yang tadinya berada di depan mata, di rampas orang. Hana segera mengangkat mukanya. Siapa yang berani mengacau ni?!
            Matanya bertentangan dengan sepasang mata yang berwarna coklat cair. Hana jadi malu lalu menundukkan wajahnya. Dia memalingkan wajah ke arah lain seketika. Membuang rasa terkejut dan malu. Apabila dirinya sudah bersedia, Hana bangkit dari dudukan lalu meminta bukunya dikembalikan.
            “Cikgu cakap tadi jangan baca buku semasa perhimpunan.” Pengawas lelaki itu memberitahu sambil mengenyitkan mata. Hana jadi tidak keruan. Hatinya resah, gelisah. Aduhai, takkan dirinya sudah cair? Begitu senang?
            “Ya, saya dengar. Beri kembali buku saya.” tegas Hana.
            “Ah, nanti awak membacanya kembali.”
            Hana tidak kuasa hendak melayan pengawas lelaki itu lalu hanya membiarkan dia memegang buku Score A:Biologynya. Setelah selesai mendendangkan lagu Negaraku, Hana mencari kelibat pengawas tadi namun sudah hilang ke mana dia. Batang hidung pun tidak nampak. Hana mengeluh perlahan lalu berjalan dalam barisan untuk masuk ke kelas 5 Bestari.
            Langkah Hana terhenti apabila buku Score A:Biologynya dihulur seseorang sehingga menghalang penglihatannya. Buku itu Hana ambil dan ternampak wajah tampan pengawas itu. Senyumannya yang manis membuatkan hatinya cair lebur...
            “Adliy...” huluran tangan itu tidak di sambut sebaliknya dijawab dengan anggukan.
            “Hana...” dia menghadiahkan senyuman ikhlas sebelum pergi meninggalkan pengawas yang dikenali sebagai Adliy itu.


-----------------------------------------

            “Hoi! Kau mengelamun eh?” Juana terpaksa menggerakkan bahunya beberapa kali barulah Hana sedar dari kenangan lamanya.  Hana hanya menggeleng-gelengkan kepala. Itulah kali pertama dia dan Adliy berkenalan. Sejak itu, mereka semakin rapat dan dilabel ‘permata dengan cincin’ oleh rakan-rakan. Di mana ada Hana, di situ juga ada Adliy.
            Namun ada rahsia disebalik persahabatan mereka.

“Jomlah... ramai yang dah sampai sana. Nanti terlewat pulak.” Juana menggesa Hana yang sedang terkial-kial mengepin tudung hijau cairnya yang telah dipadankan dengan baju kuning berlengan panjang dan seluar denim biru yang bersaiz S. Pinggang kecil saiz pun kecillah...
            Setibanya di foyer sekolah, kelihatan lima orang rakan mereka sudah sampai. Mimi, Ai Ching, Wan Yie, Koh Wan dan Chong Lim.  Mereka bersalaman lalu berbual-bual sambil menunggu jam menunjuk pukul 10.45 pagi. Waktu untuk tahu arah tuju yang bakal mereka tempuhi. Kedepan atau kembali kebelakang...
            “Hai Hana!” Qristi berpelukan dengan Hana lalu bertanyakan soalan lazernya. “Mana ‘cincin’ engkau? Tak Nampak pun dia? Belum datang lagi ke?” Hana hanya menggeleng sambil tersenyum. Hai, Qris... aku dengan Adliy kawan jelah... Dia malas hendak melayan kerenah Qristi yang memang tidak sayang akan mulut. Jahit karang? Baru tahu betapa sayangnya dia dengan mulut tu.
            “Hana!”
            Automatik tubuhnya berpusing mengikut arah suara itu. Dia mencari dari manakah datangnya suara yang sedang-sedang saja itu. Dia pernah dengar suara itu... oh! Adliy! Dia sedang berdiri di kaki lima di tingkat atas.
            “Hai Liy!” dia melambaikan tangan ke arah jejaka yang pernah berkhidmat sebagai pengawas di sekolah ini. Adliy turut melambaikan tangan lalu menghilangkan diri. Dia kemudiannya muncul di foyer dan berjalan ke arah Hana.
            Namun, belum sempat Adliy menyapanya, Qristi terlebih dahulu mengedik dengan Adliy. “Hai, ‘cincin’!” Sapaan gadis itu tidak dihirau Adliy. Dia membuat muka bosannya. “Lah, takkan dah tak sabar nak jumpa ‘permata’ dia?”  Sengaja Qristi menguatkan suaranya agar semua dapat mendengar. Semua yang berada di situ hanya tersengih-sengih sambil berbisik-bisik sesuatu.
            “Qris...” Adliy memberi amaran supaya jangan lagi memperlakukan dirinya dan Hana begitu lagi. Qristi hanya membalas dengan senyuman ejekan lalu pergi ke tandas untuk menambahkan powder pada wajahnya. Adliy yang mengenakan baju-T berkotak kuning cair memadankannya dengan seluar denim biru. Sama seperti pakaian Hana. Kuning.
            “Hai orang jauh! Dah pakat ke nak pakai baju kuning?” usikan Juana dan rakan-rakan membuatkan mereka berasa malu. Seperti baru pertama kali mereka berjumpa. Rasa malu bercampur gelisah itu muncul kembali. Namun ada perasaan baru ditambah masuk iaitu rindu.
            “Hana apa khabar?” Adliy memulakan bicara setelah menemani Hana membeli air kotak Jus Tea di kantin sekolah. Masih sempat makcik kantin memanggil mereka ‘amoi’ dan ‘aboy’.
            “Alhamdulillah, baik. Liy?” Hana duduk di meja McDonald bertentangan dengan Adliy. Segera Hana mengalihkan pandangannya pada tapak perhimpunan sekolah apabila Adliy memandang matanya. Terasa janggal pula.
            “Alhamdulillah. Sihat walafiat.” Adliy tersenyum apabila Hana kelihatan tidak sleesa bersamanya. Ada makna ni... “Hana tengok TV3 semalam?”
            “Alah, Hana tahulah. Mesti Liy nak cakap pasal pingat emas tu, kan?” Hana meneka. Walaupun baru berkawan selama dua tahun namun Hana sudah masak dengan perangai Adliy yang sukakan populariti.
            “Bangga tak Hana dengar tajuk berita tu? Mestilah, kan? Sebab Malaysia adalah negara pertama yang meraih pingat emas itu.”
            “Masuk bakul angkat sendiri...” Hana berlalu dari situ sambil menyedut air kotaknya. Adliy tersenyum sendiri lalu berjalan beriringan dengan Hana. Sesekali dia memandang ke kocek kanan seluarnya. ‘Habislah aku kalau benda ni tercicir. Hancur rancangan aku.’ Adliy tidak menyedari yang dirinya sedang ditatap oleh sepasang mata milik Hana.
            “Ada apa kat dalam kocek Liy?”
            “Takde pape.”
Jantung bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera Puteri berdegup dengan kencang tatkala beratur untuk mengambil slip keputusan SPM. Banyak kali Hana membaca bismilah dan doa penenang hati. Dia takut nanti kalau-kalau terpengsan pula di situ. Oh, malunya!
            Setibanya giliran Hana, guru kelas 5 Bestari terus saja memberikan senyuman manis. Hana mengagak dia mendapat keputusan cemerlang. Tapi hatinya menepis sangkaan itu. Tidak mungkin Puan Hedrina bermasam pula kepada yang tidak berjaya. Senyum itukan sedekah? Ucapan tahniah Puan Hedrina membuatkan hatinya melonjak. Diihatnya kertas yang berada dalam genggaman.
            “Alhamdulillah.. syukur..” Hana menekup wajahnya dengan telapak tangan lalu duduk di bangku yang telah disediakan. Juana berada di barisan paling belakang. Katanya takut hendak tengok keputusan aliran sainsnya.
            “Tahniah, Hana!” Adliy menyandarkan dirinya pada tiang berbentuk silinder. Hana hanya tersenyum mendengar ucapan tahniah itu.
            “Liy dapat berapa A?” Hana masih menatap slip keputusan SPMnya.
            “Alhamdulillah.. sama dengan Hana.” Dia memberikan slipnya kepada Hana apabila gadis itu meminta. Tangan kanannya menyeluk kocek seluar kanan untuk memastikan ‘benda’ itu tidak tercicir atau hilang. Apabila sudah bersedia, dia membuat gaya seperti orang putih hendak memberi cincin kepada si kekasih. Hana jadi terkejut. Semua mata memandang ke arah mereka.
            Ada yang tersengih-sengih dan tidak kurang juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain.
            “Liy, apa Liy buat ni? Bangunlah. Semua orang tengok tu...” Hana berbisik kerana mulai rasa tidak selesa.
            “Biarkan semua mata melihat asalkan Liy dapat luahkan apa yang terbuku di hati ini.” Hana mulai bingung.
            “Hana, sudikah Hana menjadi pasangan hidup Liy? Liy janji akan berikan yang terbaik buat Hana. Liy akan jaga Hana sebaik yang mungkin. Liy janji Hana.” Cincin belah rotan itu dipandang Hana dengan mata tidak berkelip. Ya ALLAH, apakah yang sedang berlaku ini?
            “Liy...” tidak terkata jadinya Hana. Dia terasa terharu. Pada hari Jumaat, 12 Mac 2010, dia mendapat dua perkara yang sering didoanya selepas solat. Seorang lelaki yang mempunyai keimanan yang teguh dan kuat sebagai pasangan hidup dan mendapat keputusan cemerlang untuk SPM. Hana tidak henti-henti mengucap syukur namun jawapan kepada lamaran Adliy masih belum dijawabnya.
            Adliy memandangnya dengan penuh kesabaran. ‘Katakanlah ya, Hana. Tolonglah.’ Hati Adliy merintih. Hana memandang sekeliling kemudian memandang Adliy. Dia ternampak kejujuran dan keikhasan dari pandangan mata lelaki itu. Dari situ, Hana yakin. Adliylah orangnya.
            “Liy, Hana sudi...” ucapan Hana yang beriringan air mata itu membuatkan Adliy memeluknya sekuat yang boleh sehinggalah Hana mengadu dia sudah lemas dalam pelukan Adliy. Kuat sangat.

-----------------------------------------

Aku dan suami tersayang, Adliy sudah menimang cahaya mata pertama kami. Namanya telah kami beri Nur Fizz bin Mohammad Adliy. Nur Fizz ertinya cahaya kekuatan. Aku suka nama itu. Dalam menempuhi dugaan dan cubaan Tuhan, aku dan Adliy berjaya menempuhinya dengan hati yang tenang. Qristi juga sudah berhenti mengugut kami. Sejak aku berkahwin dengan Adliy, gadis itu pasti menjadi penghalang bahagia buat diriku dan Adliy. Namun itu semua sudah berakhir kini... Alhamdulillah...
                                                                                                   Hana, 1/1/2011.

2 comments:

nurul rasya said...

keep on writing. awak ada bakat!

Aqeela Yuen said...

terima kasihh kak ♥